Wednesday, December 23, 2009

Sistem Qaf Untuk j-Qaf


Qaf wal Quranil Majid. Sistem pembelajaran kaedah asas membaca al-quran untuk pelajar-pelajar j-Qaf. Ia sangat sesuai kerana mengikut sistem j-Qaf yang mana murid tahun 1 apabila 6 bulan mengikuti, insyaallah sudah boleh membaca al-Quran.

Variasi yang sangat menarik dengan pelbagai warna dan konsep. Menggabungkan antara kaedah Iqra' dan Baghdadi. Mempunyai 3 buah buku beserta 3 buah cd. Setiap satunya mempunyai pelbagai warna serta berkonsepkan mesra pengguna. Qaf ini sangat interaktif dengan kanak-kanak malah membantu menarik minat mereka untuk mendalami ilmu tajwid. Ilmu tajwid pun turut disertakan dalam Sistem Qaf ini kerana ianya adalah unsur yang sangat penting dalam pembacaan al-Quran.

Selain boleh melihat dan membaca secara BIB ( Baca Ikut Buku ) , kanak-kanak juga boleh merakam suara mereka sendiri. Menjawab soalan-soalan tajwid dalam mengukuhkan ingatan mereka dalam pembelajaran.

Dan yang paling penting, ianya telah diluluskan oleh Bahagian Kawalan dan Penerbitan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harga : RM 38 / set

0 comments:

Post a Comment