Dipercayai kurma berasal dari kawasan Teluk Parsi atau Mesopotamia. Namun kini kurma telah dikelaskan sebagai salah satu tanaman standard dalam pertanian dunia dan telah banyak ditanam di Arab Saudi, Mesir, Iran, Irag, Sepanyol.
Terdapat lebih daripada 600 jenis kultivar kurma. Setiap negara mempunyai kurma pilihan masing-masing. Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menyukai Khalas, namun jenis Zaghloul, Khuneizi, Hilali, Howaiz, Naghal dan Jaberi Fardh mempunyai pengikut masing-masing. Buah ini mempunyai pelbagai warna, rasa, kemanisan, keasidan dan tekstur.
Jenis popular yang diimport, selalunya dari Maghribi adalah Majool. Iraq menggemari jenis seperti Amir Hajj dan Ashrashi, Mesir pula menyukai Saidy dan Hayany. Manakala Algeria pula amat gemar dengan jenis Deglet Noor dan Thoory. Negara Oman pula menggemari Ruzeiz, Bukeria, Nebut, Seif dan Barhi.
Nilai pemakanan
Kurma mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Buah ini membekalkan gula asli di dalam bentuk glukosa dan fruktosa. Gula ini yang lebih baik daripada gula tebu.
Kurma kering umumnya mengandungi 60% zat gula, 2.5% zat minyak dan 33% garam. Kurma juga mengandungi protein dan pelbagai vitamin seperti vitamin A, B1, B2 dan C, termasuk zat besi, kapur, fosforus, belerang, kalium, magnesium, kalsium, mangaan dan tembaga. Kurma juga merupakan jenis makanan berserat tinggi.
Kurma ini selalunya dimakan dalam bentuk mentah atau bersama susu. Di Sahara, orang kaya memakan buah ini bersama mentega dengan cara membuang biji dan sapukan bahagian dalam dengan mentega. Ini adalah cara saintifik untuk mengeluarkan lemak.
Selain itu, kurma juga dimakan dalam pelbagai cara. Biji kurma dipanggang dan ditumbuk menjadi serbuk kopi yang dipanggil kopi kurma. Kurma juga boleh dijadikan jus.
Kegunaan dan kebaikan
Kurma amat bernilai sebagai ubat berikutan kesan tonik yang terdapat di dalamnya. Mudah dihadamkan, kurma amat penting untuk memberi tenaga dan membaiki bahan buang. Susu yang diperoleh dari kurma yang direbus adalah sungguh berkhasiat dan menjadi minuman pada kanak-kanak dan orang dewasa, terutamanya ketika proses pemulihan sakit.
Kurma adalah makanan pencuci perut(julat). Ia berkhasiat tinggi dalam rawatan sembelit di mana bahan-bahan kasar yang diperoleh daripadanya merangsang pergerakan usus yang perlahan. Buah ini hendaklah direndamkan di dalam air pada waktu malam dan dimakan selepas dijadikan sirap pada keesokan harinya. Ini bagi memastikan keberkesanan kesan julap yang terdapat di dalamnya.
Kurma juga adalah ramuan terbaik bagi jantung yang lemah. Buah yang telah direndam di dalam air semalaman dan dihancurkan di dalam air yang sama pada waktu pagi selepas dibuang biji, hendaklah diambil sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ramuan ini dikatakan mampu menguatkan jantung.
Kurma juga mempunyai kebaikan yang tinggi dalam rawatan kelemahan seks. Menurut Dr. Aman, di dalam buku Medicinal Secret of Your Food, segenggam kurma yang telah direndam di dalam susu kambing segar semalaman haruslah dikisar di dalam susu itu pada keesokan harinya. Secubit serbuk buah pelaga dan madu harus ditambah di dalam sediaan ini. Dikatakan ramuan ini mampu menjadi tonik yang dapat meningkatkan stamina seks dan kemandulan berkaitan dengan penyakit kurang berfungsi.
Menurut Dr. Aman lagi, sebiji kurma yang diikat di pergelangan tangan bayi dan membiarkan buah tersebut dihisap olehnya ketika waktu tumbuh gigi juga dalam mengeraskan gusi dan menghalang sebarang masalah seperti kegelisahan dan cirit birit dan disenteri semasa tumbuh gigi. Ramuan ini harus diberi tiga kali sehari .
Kurma Pilihan
Harga : RM 25 / setengah kg
Harga : RM 40 / kg
Kurma Badam
Harga : RM 35 / setengah kg
Harga : RM 60 / kg
Tidak termasuk kos penghantaran
Wednesday, December 23, 2009
Khasiat Kurma Pilihan
11:12 AM
amsyiq
0 comments:
Post a Comment