Sunday, February 14, 2010

Memartabatkan Kesucian Islam

13 Februari 2010 - Alhamdulillah berlangsungnya Forum Perdana bertempat di dewan solat bawah masjid negeri. Antara panel ialah al-Fadhil Dr Roslan Mohamed dan al-Fadhil Us Othman Hamzah dengan tajuk Memartabatkan Kesucian Islam. Moderator Us Hasnil yang bijak mengupas persoalan diselangi burdah-burdah versi urdu pada malam tadi, menjadikan suasana majlis tampak meriah.

Antara perkara yang disentuh ialah islam secara dasarnya adalah agama yang sentiasa dan selamanya dalam meninggikan kalimahNya. Bukan sekadar pada nama bahkan pada seluruh cara kehidupan dari peringkat yang paling rendah hingga ke peringkat bernegara.

Antara punca-punca kemalapan umat islam pada hari mengikut kata-kata Syeikh Yusuf al Qardawi ialah pengaruh musuh dalam penjajahan dan kelemahan orang islam itu sendiri.

Dalam episod kemerdekaan India, British tidak membiarkan negara tersebut merdeka begitu sahaja bahkan perlu menuruti pemikiran dan undang-undang mereka. Begitu juga halnya dengan negara islam yang lain khususnya negara kita.

Dalam menyimpulkan forum tersebut, Dr Roslan menyebut modus operandi bagi kita setiap individu muslim untuk memperkukuhkan semangat dan ruh islam dalam jiwa. Pertama beramal soleh dan yan kedua memperEsakan Allah swt. Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment