Saturday, December 26, 2009

Aktiviti AMSYIQ

Wednesday, December 23, 2009

Kitab Terbaru AMSYIQ


Kitab / modul terbitan AMSYIQ ini adalah susunan dari Syeikhul Maqari Hj Othman bin Hamzah. Terdapat 10 buah modul yang berlainan tajuk disusun mengikut keutamaan khusus bagi perawat mahupun pengamal perubatan islam.

Boleh juga di dapati secara set ( 10 modul )
Harga : RM 200 penghantaran pos biasa.
Harga : RM 2++ penghantaran pos laju.

Harga sebuah : Mengikut saiz


Antara Kitab-Kitab AMSYIQ


Antara kitab-kitab susunan Syeikhul Maqari Hj Othman Bin Hamzah

Mencari Ketenangan & Menyuci Jiwa
Tahsin Fardhu Ain
Tahsin Solat
panduan Haji & Umrah
DiBawah Lembayung RahmatMu Tuhan -Siri Dewasa
DiBawah Lembayung RahmatMu Tuhan - Siri Remaja
Kekasihku Ya Rasulullah
Penyembuhan Qurani Jasmani & Rohani

Khasiat Kismis Qurani

  • Kismis digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai antioksidan. Bahkan menyamai buah prun dan aprikot.
  • Kismis baik untuk hati, memperbaiki sirkulasi, melawas pembuangan, memperbaiki keanjalan kulit dan meningkatkan memori.
  • Berupaya melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi kerana kismis mengandungi asid oleanik dan betulin yang menghalang tindakan bakteria Streptococcus ini dibuktikan oleh kajian makmal yang menolak kesan gula dalam kismis boleh mereputkan gigi.
  • Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah yang membekalkan oksigen ke otak. Kekurangan oksigen boleh menyebabkan tergendalanya aktiviti harian, mudah mengantuk, pelupa dan lemah.
  • Kismis yang diimport ini juga (kismis dikeluarkan oleh negara-negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Chili, Argentina, Syria, Turki, Iran dan Afrika Selatan) memiliki karbohidrat, fiber, lemak, protein, kalsium dan natrium yang merupakan mineral penting untuk badan.
Harga : RM 1.50 / 70 gram

Khasiat Kurma Pilihan


Dipercayai kurma berasal dari kawasan Teluk Parsi atau Mesopotamia. Namun kini kurma telah dikelaskan sebagai salah satu tanaman standard dalam pertanian dunia dan telah banyak ditanam di Arab Saudi, Mesir, Iran, Irag, Sepanyol.

Terdapat lebih daripada 600 jenis kultivar kurma. Setiap negara mempunyai kurma pilihan masing-masing. Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menyukai Khalas, namun jenis Zaghloul, Khuneizi, Hilali, Howaiz, Naghal dan Jaberi Fardh mempunyai pengikut masing-masing. Buah ini mempunyai pelbagai warna, rasa, kemanisan, keasidan dan tekstur.


Jenis popular yang diimport, selalunya dari Maghribi adalah Majool. Iraq menggemari jenis seperti Amir Hajj dan Ashrashi, Mesir pula menyukai Saidy dan Hayany. Manakala Algeria pula amat gemar dengan jenis Deglet Noor dan Thoory. Negara Oman pula menggemari Ruzeiz, Bukeria, Nebut, Seif dan Barhi.


Nilai pemakanan


Kurma mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Buah ini membekalkan gula asli di dalam bentuk glukosa dan fruktosa. Gula ini yang lebih baik daripada gula tebu.


Kurma kering umumnya mengandungi 60% zat gula, 2.5% zat minyak dan 33% garam. Kurma juga mengandungi protein dan pelbagai vitamin seperti vitamin A, B1, B2 dan C, termasuk zat besi, kapur, fosforus, belerang, kalium, magnesium, kalsium, mangaan dan tembaga. Kurma juga merupakan jenis makanan berserat tinggi.


Kurma ini selalunya dimakan dalam bentuk mentah atau bersama susu. Di Sahara, orang kaya memakan buah ini bersama mentega dengan cara membuang biji dan sapukan bahagian dalam dengan mentega. Ini adalah cara saintifik untuk mengeluarkan lemak.


Selain itu, kurma juga dimakan dalam pelbagai cara. Biji kurma dipanggang dan ditumbuk menjadi serbuk kopi yang dipanggil kopi kurma. Kurma juga boleh dijadikan jus.


Kegunaan dan kebaikan


Kurma amat bernilai sebagai ubat berikutan kesan tonik yang terdapat di dalamnya. Mudah dihadamkan, kurma amat penting untuk memberi tenaga dan membaiki bahan buang. Susu yang diperoleh dari kurma yang direbus adalah sungguh berkhasiat dan menjadi minuman pada kanak-kanak dan orang dewasa, terutamanya ketika proses pemulihan sakit.


Kurma adalah makanan pencuci perut(julat). Ia berkhasiat tinggi dalam rawatan sembelit di mana bahan-bahan kasar yang diperoleh daripadanya merangsang pergerakan usus yang perlahan. Buah ini hendaklah direndamkan di dalam air pada waktu malam dan dimakan selepas dijadikan sirap pada keesokan harinya. Ini bagi memastikan keberkesanan kesan julap yang terdapat di dalamnya.


Kurma juga adalah ramuan terbaik bagi jantung yang lemah. Buah yang telah direndam di dalam air semalaman dan dihancurkan di dalam air yang sama pada waktu pagi selepas dibuang biji, hendaklah diambil sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ramuan ini dikatakan mampu menguatkan jantung.


Kurma juga mempunyai kebaikan yang tinggi dalam rawatan kelemahan seks. Menurut Dr. Aman, di dalam buku Medicinal Secret of Your Food, segenggam kurma yang telah direndam di dalam susu kambing segar semalaman haruslah dikisar di dalam susu itu pada keesokan harinya. Secubit serbuk buah pelaga dan madu harus ditambah di dalam sediaan ini. Dikatakan ramuan ini mampu menjadi tonik yang dapat meningkatkan stamina seks dan kemandulan berkaitan dengan penyakit kurang berfungsi.


Menurut Dr. Aman lagi, sebiji kurma yang diikat di pergelangan tangan bayi dan membiarkan buah tersebut dihisap olehnya ketika waktu tumbuh gigi juga dalam mengeraskan gusi dan menghalang sebarang masalah seperti kegelisahan dan cirit birit dan disenteri semasa tumbuh gigi. Ramuan ini harus diberi tiga kali sehari .

Kurma Pilihan
Harga : RM 25 / setengah kg
Harga : RM 40 / kg

Kurma Badam
Harga : RM 35 / setengah kg
Harga : RM 60 / kg

Tidak termasuk kos penghantaran

Khasiat Minyak Zaitun Qurani


Minyak Zaitun sudah diketahui umum khasiat dan kelebihannya. Tidak diragui lagi keberkesanannya dalam pengaplikasiannya dalam ilmu rawatan hatta ilmu masakan.

Minyak Zaitun Qurani ini sudah dibacakan ayat manzil, ayat syifa', doa penerang hati, doa penawar angin ahmar dan juga doa penyembuh kanser oleh Syeikhul Maqari Hj Othman bin Hamzah ( Mantan Imam Besar Masjid Negeri Selangor dan Pengamal Perubatan Islam ).

Harga : RM 15 / botol

Sistem Qaf Untuk j-Qaf


Qaf wal Quranil Majid. Sistem pembelajaran kaedah asas membaca al-quran untuk pelajar-pelajar j-Qaf. Ia sangat sesuai kerana mengikut sistem j-Qaf yang mana murid tahun 1 apabila 6 bulan mengikuti, insyaallah sudah boleh membaca al-Quran.

Variasi yang sangat menarik dengan pelbagai warna dan konsep. Menggabungkan antara kaedah Iqra' dan Baghdadi. Mempunyai 3 buah buku beserta 3 buah cd. Setiap satunya mempunyai pelbagai warna serta berkonsepkan mesra pengguna. Qaf ini sangat interaktif dengan kanak-kanak malah membantu menarik minat mereka untuk mendalami ilmu tajwid. Ilmu tajwid pun turut disertakan dalam Sistem Qaf ini kerana ianya adalah unsur yang sangat penting dalam pembacaan al-Quran.

Selain boleh melihat dan membaca secara BIB ( Baca Ikut Buku ) , kanak-kanak juga boleh merakam suara mereka sendiri. Menjawab soalan-soalan tajwid dalam mengukuhkan ingatan mereka dalam pembelajaran.

Dan yang paling penting, ianya telah diluluskan oleh Bahagian Kawalan dan Penerbitan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harga : RM 38 / set

Murabba Qurani


Satu lagi produk qurani yang kami war-warkan. Murabba Qurani. Jem buah yang pelbagai untuk sarapan pagi anda. Rasailah perbezaannya dengan jem sedia ada di pasaran. Murabba Qurani tulen dari buah-buahan luar negara. Antaranya Murabba Qurani Faraulah, Murabba Qurani Aprikot dsbg.

Dapatkannya sekarang untuk rasa kelainannya..!

Harga : RM 15

Za'faran Qurani


Za'faran.. Anda tahu mengenainya ? Ia adalah antara ribuan ramuan pengamal perubatan islam dalam melakukan kaedah pinggan putih dsbg. Sangat susah untuk memperolehinya dan terhad. Sekiranaya memerlukan Za'faran Qurani, tempahan awal perlu dibuat. Stok adalah terhad.

Harga : RM ?

Air Mawar Qurani dan Pati Syrup Kurma Qurani


Air Mawar Qurani biasa digunakan dalam rawatan perubatan. Manakala Pati Syrup Qurani pula sesuai untuk mereka yang mahukan kelainan dalam menyediakan juadah minuman petang.

Harga:
Pati Syrup Kurma RM12
Air Mawar RM12

Khasiat Minyak Wangi Qurani


Antara sunnah Rasulullah saw dalam etika berpakaian adalah mengenakan minyak wangi, baginda tidak pernah menolak pemberian sahabatnya sekiranya diberikan kepadanya minyak wangi. Antara minyak wangi yang kerap baginda gunakan adalah misk ataupun dikenali sebagai kasturi. Dalam perubatan islam minyak wangi kerap diaplikasikan / digunakan dalam merawat pesakit kerana syaitan takut dengan wangian.
Diantara kelebihan minyak wangi qurani ini, ialah telah dibacakan ayat syifa'(penyembuh),ayat manzil(ayat pelindung dari syaitan),doa penerang hati,doa penyembuh angin ahmar dan juga doa penyembuh kanser.Ia telah dibacakan oleh Syeikhul Maqari' Haji Othman bin Hamzah,mantan Imam Besar Masjid Negeri Selangor dan pengamal perubatan islam.

Harga: RM 25 - RM 28

At-Teen Qurani

Allah swt telah bersumpah dengan buah tin. Ini membuktikan terlalu banyak khasiatnya, hanya diketahui beberapa kelebihan dan khasiatnya antaranya :

1- Membuka saluran yang tersumbat
2- Menguatkan hati
3- Menghilangkan buasir
4- Merawat sukar kencing
5- Merawat selesema
6- Merawat luka dan mulut pecah
7- Merawat Anemia
8- Melancarkan perjalanan haid
9- Merawat sakit perut
10- Merawat lemah badan
11- Berguna menentang rasukan, gila dan was-was

Harga : RM?

Khasiat Air Zamzam Qurani

Ibn Abbas ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda maksudnya : " Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan. Sekiranya meminumnya untuk menyembuh penyakit. Maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya. Bila meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya dan bila meminumnya untuk menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya. Ia adalah sumur yang digali oleh Jibril as dan merupakan minuman dari Allah untuk Ismail as ".

Air Zamzam Qurani ini telah dibacakan ayat manzil, ayat syifa', doa penerang hati, doa penawar kanser dan juga doa angin ahmar oleh Syeikhul Maqari Hj Othman bin Hamzah ( Mantan Imam Besar Masjid Negeri Selangor dan Pengamal Perubatan Islam ).

Cara meminumnya :
1- Mengadap Kiblat
2- Membaca basmallah
3- Bernafas dengan tiga kali nafas
4- Meminumnya sehingga puas
5- Membaca tahamid sesudah meminumnya.

Harga : RM 12.00 / 500ml
Harga : RM 160 / 10 liter
Tidak termasuk harga penghantaran

Salam Ahlan Qurani

Ahlan Bikum li Dhuyuful Kareem

AMSYIQ .. Apa itu Amsyiq ? Ia adalah singkatan pada Akademi Maqari Syifa' Qurani. Sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan air zamzam, kurma, madu, kismis dll. Selain itu, ia juga membantu dalam merawat pesakit gangguan jin dan syaitan.

Ia beroperasi pada awal 2009 di alamat 414 Pangsapuri Bistari, Persiaran Kemajuan, Seksyen 16, 40000 Shah Alam Selangor.

Harapan agar dapat membantu masyarakat setempat dalam menawarkan perkhidmatan serta memartabatkan ekonomi islam.